:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

16 May 2011

Sukan Kejohanan Piala IMPI 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, akhirnya Sukan Kejohanan Piala IMPI anjuran Lajnah Rehlah dan Rekreasi IMPI telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kejohanan ini telah diadakan pada hari Sabtu,14/05/2011 dan telah disertai oleh semua ahli Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI). Tema bagi kejohanan kali ini ialah “ Iltizam Membangunkan Murabbi Yang Cergas”.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan setiap ahli IMPI tentang sukan futsal dan bola jaring. Selain itu, diharapkan juga melalui kejohanan ini ia dapat membentuk jasmani yang cergas, minda yang cerdas dan apa yang lebih utama ialah diharapkan melalui program ini ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli IMPI.InsyaAllah.

Di bawah disertakan beberapa gambar yang menarik sepanjang aktiviti ini berlangsung :




Tahniah buat juara Futsal bagi kejohanan IMPI kali ini..





Group senior yang mantop..!!




Antara kumpulan yang menyertai pertandingan futsal..

Semangat Wonderpet..!!!


Antara aksi yang menarik..!!


Tolong2..!!!

Terbaik..!!!



Menunggu giliran..

Mantopnya ukhuwah.. sempat lagi pegang tangan..=)


BBQ..~


Alih jangan x alih...

Persiapan BBQ..
 
Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan dan diperbaiki lagi pada masa hadapan. Kami dari pihak IMPI ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kejohanan IMPI pada tahun ini. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Ucapan tahniah juga buat kumpulan-kumpulan yang telah berjaya memenangi kejohanan pada kali ini. Bagi yang tidak berjaya, tingkatkan usaha anda pada kejohanan yang akan datang. Kalah dan menang itu adat dalam permainan. InsyaAllah sama-samalah kita mengutip ibrah dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Akhir kata, “Majulah sukan untuk IMPI”. Moga bertemu lagi dalam program yang akan datang. InsyaAllah.

14 May 2011

Bicara MT


Oleh :Ukhti Amalina Syakirah binti Mat Zin
Naib Pengerusi II Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam(IMPI)



IMTIHAN OH IMTIHAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puja dan puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., manusia paling unggul dan terulung, penghulu segala nabi, dan keluarga, serta sahabat-sahabat baginda.

Syukur alhamdulillah ana ingin mendedikasikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada saff kepimpinan IMPI dan juga kepada semua ahli IMPI yang telah bertungkus-lumus dan menggembleng tenaga dalam menggerakkan aktiviti dakwah dan tarbiah selama ini dan selamanya. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Insha Allah!

Selain itu, ucapan terima kasih ini juga didedikasikan kepada sidang redaksi buletin IMPI yang telah memberikan peluang untuk ana berkongsi thaqafah dan nasihat sesama kita kerana kita sedar bahawa ad-dinu nashihah, iaitu agama Islam itu mengajar kepada kita agar saling ingat-mengingatkan.

Mujahid dan mujahidah yang dirahmati Allah sekalian,

Memandangkan sekarang kita berada di ambang peperiksaan, ingin ana kongsikan beberapa pesanan menjelang peperiksaan. Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji dan bahan ulang kaji secara tersusun. Pastikan buku, nota rujukan dan bahan pembentangan berada dalam bentuk yang mesra pengguna, iaitu susun mengikut kepentingan sesuatu topik dan fokus yang ditekankan dalam peperiksaan nanti. Selain itu, antum juga boleh meminta petua dan pandangan daripada pensyarah ataupun daripada abang-abang dan kakak-kakak senior bagaimana untuk belajar di saat-saat peperiksaan dan juga bentuk soalan yang akan diajukan kelak.

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi Allah,

Di sini ana juga ingin berpesan kepada diri sendiri dan antum semua agar tidak membuat ulangkaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan kita dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila kita mengetahui masih banyak yang belum difahami mengenai sesuatu topik. Teringat ana kepada pesanan Baginda S.A.W. iaitu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, dan satu daripadanya adalah manfaatkan masa lapang sebelum hadirnya waktu kesempitan.


Mu’allimin dan mu’allimat sekalian,

Janganlah kita berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh setiap insane yang bergelar pelajar. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup kita. Apa yang penting kita hendaklah berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika kita gagal. ‘Do the best, Be the best’. 
Jangan lupa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah Rabbul Jalil.


Alhamdulillah sekadar ini sahaja coretan daripada ana, insan yang lemah dan ana ingin memohon sejuta kemaafan daripada sahabat sahabiah sekalian sepanjang ukhwah dan kolabaorasi kita. Sebagai akhir kalam, ma’attaufik wannajah fil imtihan,barakallah lakum wa lana ! Insha Allah.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

12 May 2011

Sukan Kejohanan Piala IMPI 2011


Perhatian kepada Semua Ahli IMPI..
Anda semua dijemput hadir ke Sukan Kejohanan Piala IMPI 2011.. Berikut merupakan butiran yang berkaitan:

Tajuk : Sukan Kejohanan Piala IMPI 2011

Tarikh : 14 Mei 2011 Bersamaan 10 Jamadilakhir 1432 H

Hari : Sabtu / Saturday / يوم السبت / Hari Ke-7 dalam 1 Minggu

Tempat : PULAKO & Gelanggang Olahraga

Tema : “ ILTIZAM MEMBANGUNKAN MURABBI YANG CERGAS”

Anjuran : Lajnah Rehlah Dan Rekreasi IMPI


-Jom pakat2 p.. 
Akal yang cerdas ada pada badan yang sihat..
Mukmin yang kuat itu lebih Allah sukai berbanding mukmin yang lemah.. 
Mana Pilihan anda..?? =)

07 May 2011

Bengkel Adobe Photoshop


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya akhirnya Bengkel Adobe Photoshop anjuran Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) telah berjaya dijalankan. Bengkel ini diadakan pada hari jumaat, 6/5/2010 iaitu bersamaan dengan 2 Jamadilakhir 1432H bertempat di Dewan Pulai A, IPG Kampus Perlis. Sasaran utama bagi bengkel ini ialah semua ahli Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI). Tema bagi bengkel ini adalah “Kemantapan IT Asas Keizzahan Ummah” dan penceramahnya ialah Abdul Muiz bin Hussin dan Alimin bin Abu Bakar.

Melalui program ini, diharapkan semua ahli IMPI akan dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah mereka peroleh untuk manfaat Islam. Hal ini kerana, menjadi seorang da’ie itu tidak semestinya kita dapat menyebarkan maklumat Islam melalui ceramah sahaja. Namun, sebagai seorang da’ie kita perlulah bijak dan lebih kreatif dalam usaha untuk menyampaikan maklumat Islam dan memperlihatkan Islam kepada masyarakat. InsyaAllah.

Di bawah disertakan beberapa gambar yang menarik sepanjang bengkel ini berlangsung :





Khusyuk Pengerusi kita..=)


Pakat2 pulun mencuba..=)


Awat tu..??

Penyampaian cenderamata kpd salah seorang penceramah bengkel..

Majlis bersurai..

Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan bengkel ini. Kami dari pihak IMPI ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kecacatan sepanjang bengkel ini berlansung. InsyaAllah semoga kita semua dapat bermuhasabah dan mengambil ibrah dalam segala perkara sepanjang program ini berlangsung sama ada dari pihak peserta mahupun penganjur. Moga terus teguh di jalan dakwah. InsyaAllah.
Barakallahufikum.

05 May 2011

KULIAH PERDANA : Menelusuri Ibrah Kepemimpinan Al-FATEH

InsyaAllah Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam (JPI) akan mengadakan kuliah perdana sempena meraikan kedatangan Bulan Penghayatan Islam 2011. Berikut merupakan butiran kuliah perdana tersebut :


 

Tarikh : 10 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 - 10.00 malam
Tempat : Surau Nurul Iman, IPG Kampus Perlis

Junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda di dalam satu hadis 800 tahun sebelum Al-Fateh menawan kota konstantinople:

"Kota Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam, Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." 
(Hadis riwayat Ahmad)

Kehebatan sejarah kepemimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh akan diterjemahkan oleh Ustaz Syaari bin Abdul Rahman (http://www.iskandarfateh.com/ )yang berpengalaman dalam bidang motivasi dan kepimpinan.

Semua dijemput hadir!! 
Jangan lepaskan peluang ini.. 
Pastikan anda hadir untuk merasai dan mengetahui kehebatan Mujahid Islam ini selari dengan Sabda Baginda S.A.W. 
Ayuh, sama-sama kita perhebatkan langkah ke majlis ilmu! 


Kami daripada Ikatan Mahasisiwa Pendidikan Islam akan menyokong penuh program-program seperti ini. 
Kami juga sedia membantu jika pihak PGPI memerlukan sebarang bantuan.. 
Teruskan Perjuangan antum semua..!! 
InsyaAllah pasti ada nilainya di sisi Allah..

Bengkel Adobe Photoshop

InsyaAllah pada hari Jumaat ini Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) akan mengadakan 1 bengkel Adobe Photoshop..
Di bawah merupakan butiran bagi bengkel tersebut :



TENTATIF PROGRAM

2.15 PETANG : Pendaftaran
2.30 PETANG : Bengkel bermula
4.20 PETANG : Penyampaian cenderamata
4.30 PETANG : Bersurai



Info tambahan :
Semua ahli IMPI diwajibkan hadir 
Pakaian bebas asalkan mengikut syarak


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila rujuk kepada ajk-ajk IMPI..

Pakat-pakat mai no.. Manfaat setiap peluang yang ada..
InsyaAllah usaha dan penat lelah anda pasti ada nilainya di sisi Allah.. 

 

03 May 2011

Komitmen Dai' ( Sang Penyeru)

 
Komitmen Dai, ia bukannya cetusan fikiran yang berlegar dimainan minda tanpa arah dan tujuan. Komitmen ia bukanlah sesuatu bicara biasa yang meniti manis di hujung kalam bibir insan.

Komitmen juga ia bukannya gerak kerja yang biasa-biasa yang dilaksanakan oleh pekerja –pekerja seperti amalan rutin, namun ia adalah suatu tindakan amalan yang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan kehadiran ruh dan perasaan.


Saya benar-benar tersentuh dengan tulisan Muhammad Abduh dalam bukunya Komitmen Dai Sejati. Ternyata ia adalah karya tulus dan segar daripada seorang dai’ yang menjiwai perjalanan dakwahnya kepada masyarakat. Katanya :

***

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka tidak akan banyak dai yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus laju dengan lancar untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu menanam prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka dia tidak akan peduli ketika ditempatkan di barisan depan atau belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika dia diangkat menjadi pemimpin yang boleh mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau tidak dihormati.

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap dai, tidak ada waktu untuk terbuang sia-sia kerana dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Dai yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan segera menunaikan kewajipan kewangannya untuk dakwah tanpa dihinggapi rasa ragu sedikitpun. Semboyannya adalah


“Apa yang ada padamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.”

[an Nahl (16) :96]

Jika komitmennya benar-benar ikhlas, maka setiap dai akan patuh dan taat tanpa berasa ragu dan bimbang. Di dalam benaknya tidak ada lagi erti keuntungan peribadi dan menang sendiri.”

Jika komitmen dai benar-benar ikhlas, maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata “ya” untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata “ya” untuk setiap perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Jika komitmen para dai benar-benar ikhlas, maka setiap anggota akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada para pemimpin fikrah. Setiap yang bergabung akan melaksanakan aspirasi pemimpinnya dan menegakkan prinsip-prinsip dakwah dalam hatinya.

Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar ikhlas, maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh akan menyesali dirinya kerana ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah.

***

MasyaAllah, saya benar-benar terisi dan tersentuh dengan nasihatnya. Bagaikan sebuah pukulan, hentakan dan peringatan yang sanga-sangat mengesani jiwa.

Komitmen memerlukan kesediaan jiwa yang membulat kepada Allah SWT. Mereka menyakini, menyerahkan sebulatnya diri mereka dan segala-galanya untuk deen Allah SWT. Kesanggupan untuk melalui apa jua rintangan, ujian, mehnah dan segala bentuk tribulasi menjadikan diri mereka semakin tabah dan kuat.

Dan, ketahuilah komitmen kita akan diuji dan terus diuji. Sama ada kita sedar, semakin hari ia semakin tertingkat dan ia saatnya, ia semakin menurun sehingga tersungkur menyembah bumi.
 
Soal diri kita, bagaimanakah komitmen kita sebagai mukmin dalam melaksanakan ubudiyah kepada Ilahi? Jiddiyah (kesungguhan), keiltizaman (konsistensi) dan sifat disiplin yang ada dalam diri di tahap yang bagaimana?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab dengan segera? Tanya hati kita, apakah jawapan yang akan kita berikan apabila inilah yang disoalkan kepada kita di hadapan Allah SWT?

 

Bercintakah anda dengan DAKWAH..??

 
Cinta?

Ia adalah ungkapan, namun adalah yang lebih tepat dalam membicarakan soal cinta ini.
Cinta itu, ialah adalah soal perasaan, cetusan, getusan dan aspek dalaman.

Cinta adalah satu perasaan yang sangat sukar untuk diterjemahkan hakikatnya. Namun ia adalah suatu perasaan yang unik dan ia mampu menjadi seseorang itu daripada insan biasa kepada luar biasa.

Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita manusia yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta ini boleh membinasakan dan merosakan malah boleh menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya.

Bicara perkongsian pada saat ini bukannya cinta biasa, tetapi apa yang ingin saya nyatakan ialah cinta terhadap jalan dakwah iaitu jalan menyeru kepada kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ianya bukannya sebarangan cinta malah terikatan jiwa dan ruh terhadap cinta ini sangat istimewa dan lain daripada lain.

Ada 2 (dua) pilihan ketika bertemu cinta, sama ada jatuh cinta atau membangunkan cinta. Jika saya, saya akan memilih yang kedua. Agar cinta saya nanti menjadi istana, tinggi mengapai syurga. Namun, jika cinta terhadap sesuatu yang istimewa maka saya ingin jatuh cinta dan juga membangunkan cinta terhadapnya sedalam-dalamnya. Cinta terhadap dakwah mulai berputik dengan jatuh cinta kepadanya dan disemarakan cinta ini agar terus mekar selamanya.

Bercinta dengan Dakwah

Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus setiap saat, maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya.

Jika dakwah dan tarbiyah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga.

Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka jangan berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.

Jika dakwah adalah bunga, maka serbukanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia.

Jika dakwah itu adalah lambang kecintaan yang mendalam, maka benihkan dan semaikanlah perasaan itu agar ia menjadi sesuatu yang sentiasa dirindui dan disayangi sehingga ke akhirnya.

Lambang kecintaan

Tumbuhnya perasaan cinta ini, - bagi saya bukan ia hadir secara tiba-tiba atau ajaib. Ianyaa dalah perasaan yang hadir dalam lingkungan kehidupan ini secara bertahap dan ianya melalui satu proses yang panjang.

Kecintaan kepada dakwah akan terus subur dan hidup apabila jiwa dan hati kita sentiasa dihubungkan kepada Allah SWT dan dekat denganNya. Inilah rahsia untuk kesentiasaan untuk menghirup udara dakwah sepanjang hayat. Ia terletak pada kesolehan hati dan kesempurnaan jiwa yang bersih dan jernih.

Kecintaan kepada dakwah didasari dengan dasar yang sangat nyata, benar dan sahih. Dasar kecintaan ini adalah kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT tanpa ragu-ragu dan syak. Ia terus berkembang subur dengan perasaan takut dan kecintaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dan antara lambang kecintaan kepada dakwah ialah kesanggupan dan sifat mujahadah yang tinggi melawan nafsu nafsu dan memerangi gejala dosa dan mungkar secara konsisten. Ia berlaku secara penuh sedar, faham dan yakin.

Seorang Salaful Soleh. Maimun Bin Mahran pernah berpesan :

“ Apabila seseorang hamba Allah SWT melakukan dosa maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu dan bertaubat bersinarlah semula hatinya. Apabila dia kembali melakukan dosa akan tumbuhlah semula titik hitam di hati itu sehingga hatinya berkarat.”

Ungkapan Fudhail Bin ‘Iyadh :

“ Bila engkau sulit untuk bangun di malam hari dan sulit berpuasa sunnah di siang harinya, ketahuilah engkau tengah terbelenggu oleh dosa-dosamu.”

Pesan seorang Ulama ;

“ Barang siapa yang ingin jiwanya bersih, maka bersihkanlah amal-amalnya. Barangsiapa yang membersihkan jiwanya, maka ia pasti dibersihkan, barangsiapa yang mengotori jiwa, maka ia akan dicemari.”

Tuan Haji Noorazman Shamsudin pernah menyebut dalam satu penyampaiannya ketika saya di IPT berkaitan Tarbiyah :

“ Tarbiyah bukan untuk tarbiyah, tetapi tarbiyah adalah (melaksanakan) untuk dakwah dan jihad.”

Muhammad Iqbal bermadah dengan bait-bait indah yang menyentuh rasa :

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan

Risalah dan amanah ini adalah suci
Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban yang berat ini.

Sucikanlah dirimu, lahir dan bathin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian
Thahirum Muthahir, suci dan mensucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati

Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia

Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia.

Langkah dan proses untuk mencintai dan menggabungkan diri dalam dakwah ialah proses yang menuntut pengorbanan yang tinggi dan kesanggupan untuk bermujahadah serta berjihad dalam ruangan lingkup kehidupan seorang muslim dan muslimah yang sebenarnya.

Bekalan Kecintaan Terhadap Dakwah

Inilah bekalan yang terbaik untuk dibawa pulang di saat hari pertemuan dengan Allah SWT. Tidak bekalan yang lebih baik, daripada bekalan dakwah yang isinya ialah taqwa. Tanpa kecintaan yang sebenarnya terhadap dakwah illallah ini, sudah tentu kita tidak akan mempunyai keghairah untuk sentiasa bersama dengannya. Bergerak dan hidup untuk dakwah yang suci dan menyucikan ini.

Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya yang sangat baik untuk ditatapi iaitu Madrasah Para Duat dibawah tajuk “ Rohaniyah Dai” menekan tentang pentingnya bekalan taqwa kepada para dai. Katanya : “ Apabila engkau melangkahi jalan tersebut ( jalan dakwah), engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali sengkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh, mukmin yang bertaqwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

( Al-Anfal 8 : 29)

Ya Allah, bimbingilah aku dan ampunilah segala dosa kami

Ya Allah, matikanlah kami pada jalan ini dengan penuh keredhaan dan rahmat Mu

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ummat ini seluruhnya untuk terus mengembangkan serta mendaulatkan syariatmu.

Ya Allah, tanamkanlah rasa cinta yang mendalam dalam diri kami untuk terus mencintai deen Mu dan dakwah ini.
 

Bicara MT

Oleh : Akh Mohd Syameer bin Mohd Jamil
Timbalan Pengerusi 1 Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam(IMPI)





SIFAT ORANG MUKMIN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah SWT, atas segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Selawat serta salam kita lafazkan buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, kerana berkat usaha perjuangan baginda, Islam tersebar sehingga di akhir zaman ini dan kita sendiri turut merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN & ISLAM.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan tahniah kepada Saff Kepimpinan IMPI sesi 2011 ini kerana terus berusaha untuk menyebarkan syiar-syiar Islam khususnya di bumi IPG Kampus Perlis ini. Semoga usaha kalian mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Di kesempatan ini, ana juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sidang redaksi buletin IMPI kerana memberi sedikit ruang kepada ana untuk berkongsi sedikitnya ilmu yang ana ada. Apa yang bakal ana coretkan selepas ini bukanlah bertujuan ingin mengajar antum, tetapi hanya sekadar ingin saling mengingati sesama kita Ahli IMPI khususnya diri ini yang penuh dengan maksiat dan dosa.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati,
Ana ingin berkongsi mengenai sebuah hadis sahih yang bermaksud, “keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik, tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya, dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya” (Hadis Sohih Riwayat Muslim). Berdasarkan diskusi ana bersama murabbi ana mengenai hadis ini, kata murabbi ana, hadis ini ingin menggambarkan di antara sifat orang mukmin adalah dia sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah yang menimpa dirinya. Tidak kiralah baik mahupun buruk perkara itu, dia tetap menganggap itu semua adalah yang terbaik untuknya. Ini adalah kesan bagi orang yang benar-benar beriman dengan hati. Wajib atas setiap muslim dan mukmin untuk kita beriman dengan Qada’ dan Qadar Allah SWT. Malangnya di akhir zaman ini, ramai orang yang mengaku beriman di mulut, tetapi hakikatnya hatinya tidak beriman. Misalnya, apabila sesuatu yang memberi keuntungan kepadanya, maka bergembira dan senanglah hatinya, namun, apabila sesuatu yang membebankan berlaku ke atas dirinya, maka beranggapanlah dia bahawa ini adalah suatu penghinaan ke atasnya. Golongan ini bukanlah golongan mukmin seperti mana sabda Baginda SAW di atas.

Ikhwah dan akhawat yang ana kasihi,
Yang keduanya, golongan mukmin yang sebenar adalah golongan yang apabila dia mendapat kesenangan/kebaikan/sesuatu yang baik untuk dirinya, maka dia bersyukur dengan pemberian itu. Dan sekiranya dia memperoleh kesusahan/musibah/sesuatu yang buruk untuk dirinya, maka dia tetap bersabar menempuhnya. Maksudnya di sini, baik mahupun buruk sesuatu yang menimpanya, maka dia tetap bersyukur dan bersabar. Keadaan ini boleh kita lihat sewaktu musibah menimpa diri kita. Adakah kita akan bersabar atau sebaliknya? Berkata para ulama, golongan yang dimaksudkan oleh baginda SAW adalah golongan yang sangat hebat imannya, sehinggakan ketika sakit yang teruk menimpa dirinya, dia meminta kepada Allah agar terus membiarkan dirinya berada dalam ujian atau musibah, kerana dia yakin bahawa setiap ujian itu adalah kifarah bagi dosanya yang lalu, maka dia ingin terus sakit supaya dosanya diampun oleh Allah SWT. Golongan ini juga yakin bahawa setiap ujian yang menimpa dirinya, tidak lain dan tidak bukan, Allah akan mengangkat darjat dan memberi rahmat sekiranya dia bersabar dengan ujian tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa hadirnya dugaan dalam diri kita bukanlah kerana Allah ingin menzalimi kita, bahkan dosa kita diampun dan diangkat darjat kita di sisi Allah SWT. Subhanallah, begitu hebat golongan ini kerana hatinya tidak berpaut pada kesenangan dunia, tetapi keredhaan Allah yang dicarinya. Bagaimana pula dengan kita?

Mujahid dan mujahidah yang dirahmati,
Jelaslah di sini bahawa tidak semua muslim itu adalah mukmin, tetapi insyaAllah, semua mukmin itu adalah muslim. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini menjadi peringatan untuk kita khususnya buat diri ana yang masih lagi mencari-cari sinar keimanan. Ana mendoakan agar kita semua tergolong dalam golongan di atas. Pesan tuan guru ana,
“jangan kita menjadi itik yang lemas di kala air berada di sekelilingnya”
Fikir-fikirkan.
Siiru ‘ala barakatillah, wallahu’alam.