:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

05 May 2010

Pendatang haram Yahudi dipercayai bakar masjid

2010/05/05

SEORANG penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat.
SEORANG penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat.

Tindakan biadab kali kedua dalam tempoh dua minggu 



RAMALLAH: Pendatang haram Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat sebelum fajar semalam, tindakan kedua mencemar masjid dalam tempoh dua minggu.


Masjid itu terletak di Lub-ban ash-Sharqiya kira-kira 10 kilometer selatan Nablus, sebahagian besarnya musnah dalam serangan, kata Datuk Bandar, Jamal Daraghma.


“Penduduk penempatan Yahudi membakar masjid terbabit. Saksi mendengar bunyi kereta mereka berhampiran masjid kira-kira jam 3 pagi dan melihat mereka menerusi tingkap sedang membakar buku di dalamnya,” kata Daraghma kepada AFP, menyatakan sebahagian besar masjid itu hangus terbakar. 


Bandar itu terletak berhampiran tiga penempatan Yahudi: Eli, Maaleh Levona dan Shiloh. 

Radio Israel berkata tentera Israel sebagai kuasa penceroboh Tebing Barat, membuka satu siasatan terhadap punca kebakaran. 

Pada 14 April lalu, sebuah masjid di Huwara berhampiran Nablus dicemari penduduk haram Yahudi yang menconteng patung Yahudi dan Star of David pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin. 
Dua kereta juga dibakar ketika insiden itu, menyebabkan tentera Israel membuka satu siasatan. 

Disember lalu, penduduk haram Yahudi merosakkan satu lagi masjid di utara perkampungan Tebing Barat di Yasuf, membakar Al-Quran dan menyembur mesej kebencian dalam tulisan Yahudi. Insiden itu mencetuskan pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel. Seorang budak lelaki 17 tahun di penempatan Yahudi berhampiran kemudian ditahan. – AFP