:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

17 August 2012

hebahan : Pertandingan Seni Gambar Kreatif






Bismillahirrahmaanirrahim...

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)

Semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan oleh kita semua sepenuhnya tanpa cacat cela.. bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan. Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan Umat Nabi Musa dan umat-umat terdahulu yang umur mereka ribuan tahun dipenuhi amalan

-------------------------------------------

Dengan ini, pihak IMPI akan menganjurkan satu pertandingan multimedia bagi memperingati pemergian Ramadhan yg dikasihi serta utk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang mulia..

Tema: Kenangan Terindah Syawal & Ramadhan

(Peserta boleh menghantar gmbar2 yg mempunyai kenangan sewaktu Ramadhan ataupun Syawal)

Kategori Pertama - Fotografi
Kategori Kedua - Poster/Lukisan

Tarikh akhir utk submit: 10/09/12

Semua peserta boleh menghantar lebih daripada satu gambar dan setiap gambar perlu dihantar ke impiperlis@gmail.com dalam format JPEG

*Segala maklumat tambahan boleh dirujuk melalui poster di atas

- Anjuran Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam -



18 July 2012

Ceramah Perdana Istiqbal Ramadhan

Ramadhan makin hampir. Satu sambutan 'persediaan menghadapi bulan Ramadhan' akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 19 Julai 2012
Hari: Khamis
Masa: 7.30 malam
Tempat: Surau Nurul Iman, IPG Kampus Perlis 

Pengisian program akan menyentuh kesediaan & persiapan kita bagi menghadapi ramadhan. Jika terdapat sebarang kemusykilan dan permasalahan berkaitan puasa ramadhan, boleh bawa dan bertanyakan soalan.

Ceramah & sesi soal jawab akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari, seorang ulama' tokoh muda penuntut di Al-Azhar As-Syarif, juga salah seorang anak melayu yang mengajar di Masjid Azhar, Mesir. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke majlis ilmu ini. Sesungguhnya, kita merindui ramadhan, Andai ini ramadhan terakhir kita, lakukanlah persiapan dan jalani ramadhan ini dengan baik.







- Anjuran : Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam [IMPI] -

Sebarkan hebahan program ini seluas-luasnya! Tag dan share (satu klik, satu pahala)


28 June 2012

Hebahan : Bulan Penghayatan Islam 2012 IPGK Perlis

 

BULAN PENGHAYATAN ISLAM KINI KEMBALI...

[ BPI IS BACK ! ]
Bulan Penghayatan Islam ini akan bermula pada 29 Jun sehingga 27 Julai 2012. Program ini melibatkan semua warga IPG Kampus Perlis sama ada Islam atau bukan Islam dan juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di sekitar utara tanah air. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Penghayatan Islam ini.

Rasionalnya program ini adalah untuk memberi gambaran akan keizzahan serta kesyumulan Islam dalam kehidupan seharian baik daripada aspek ibadah, ilmu, sukan, hiburan dan tatacara kehidupan bagi membentuk sebuah generasi muslim yang bertaraf murabbi dan "osem". InsyaAllah. ^^

25 June 2012

Hebahan : Ceramah Israk Mikraj





" Israk Mikraj : Ibrah Membentuk Guru Rabbani"

Tarikh : 26 Jun 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 - 10.00 malam
Tempat : Surau Nurul Iman,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Kangar

oleh : Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh,
Penolong Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) & Ketua Unit Kualiti



Tahniah!

Alhamdulillah, semua pelajar IPG Kampus Perlis telah mengetahui keputusan peperiksaan yang dinantikan dengan penuh debaran selama ini.. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan. Semoga kejayaan kalian bermanfaat untuk ISLAM. Mudah-mudahan kita bukan sahaja cemerlang di dunia sahaja,,malah akhirat juga =) Kepada yang kurang berjaya jangan putus asa. Terimalah dengan hati yang redha...Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan...Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..Jadikan kegagalan sebagai satu tarbiyah untuk terus berjuang.


keputusan dah keluar berita,
Ada ceria ada berduka,
Tahniah bagi yang berjaya
Bagi yang tidak jangan putus asa.

Syukur,Alhamdulillah, Ada seorang dari Jabatan Pengajian Islam IPG Kampus Perlis kini berjaya mengungguli keputusan 4 flat..Tahniah diucapkan kepada Izatul Shuhada dari kelas Pengajian Agama Semester 3. Tahniah juga kepada pensyarah2 terutama Pensyarah JAPIM yang bertungkus-lumus mendidik kami.






Pesanan/nasihat dari senior :
  "tahniah kepada adik2 yang berjaya.. dengarnya ada 4++ n 3.8 ke atas.. 
perlu. dan perlu. hebat di lapangan dakwah. hebat juga di dalam akademik.
pesan seorang sahabat "macamana kita perform dalam dakwah tu hebat, macam tu lah hebatnya juga dalam study" :) orang Pend.Islam... :)
mabruk! kagum giler dari kejauhan "

23 June 2012

Barisan Kempimpinan IMPI Sesi 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.


Setinggi-tinggi tahniah juga takziah buat barisan kepimpinan IMPI Sesi 2012/2013 ini. Semoga kalian mampu untuk menerajui IMPI dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Dan diharap juga semua ahli IMPI dapat sama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk mengeratkan ukhuwah dan menjayakan setiap program/aktiviti yang dianjurkan. Semoga IMPI di masa akan datang mampu membawa satu langkahan baru yang lebih segar dan penuh keyakinan dalam menghadapi pelbagai suasana serta keadaan. Sekian.

Aku Umpama Layang-layang



Aku umpama layang-layang.  Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan.  Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang.  Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…

Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan…

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…

Andai taliku terputus.  Oh, janganlah kau biarkan diriku wahai kawan.  Mungkin aku terlalu lalai dan alpa, sehingga ribut pun mahu kucuba.  Walau ke ceruk mana pun aku tersesat terputus tali itu, carilah aku.  Carilah aku.  Jangan biarkan aku tanpa tali itu.  Kerana tanpa tali itu, aku takkan dapat terbang lagi.  Aku hanya menjadi layang-layang yang tidak berguna.  Menangis sendiri…

Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Terima kasih kawan.  Dengan bantuanmu aku bisa terbang tinggi…



12 May 2012

Semoga berjaya




♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸
Umat islam harus cemerlang 
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh
♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸


Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”



Do'a Sebelum Belajar 

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”



رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ 

“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”


Doa Mengulangkaji Pelajaran


اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”


Doa Sedang Belajar


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”




Do'a Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.” 

~Bittaufiq Wannajah~

10 May 2012

Bengkel Penulisan Jawi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penulisan Khat dan Jawi  merupakan warisan daripada hasil interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Islam.  Tulisan jawi diambil berdasarkan huruf-huruf dalam bahasa Arab dan disesuaikan dengan sebutan dan perkataan yang bercirikan Alam Melayu.  Dengan itu, wujudlah huruf “nga”, “pa”, “cha”, dan “ga”. 

Oleh itu, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) telah mengadakan Bengkel Penulisan Khat dan Jawi khusus kepada pelajar Pengajian Agama dan Bahasa Arab sebagai langkah bijak bagi memberi peluang dan pengalaman kepada para guru pelatih untuk mendalami ilmu penulisan jawi serta mempersiapkan diri guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kemahiran dan pengetahuan dalam penulisan Jawi. 





Bengkel Penulisan Jawi ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmud bin Abu. Beliau sangat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi tentang penulisan jawi.





Pelbagai kaedah diajar berkaitan penulisan Jawi.. Bermula daripada huruf Alif sehinggalah huruf Ya'.. Bukan sahaja cara menulis huruf Jawi Tunggal, malah penulisan Huruf Jawi Bersambung juga diajar dan dipelajari oleh guru pelatih di sini. Kemahiran menulis jawi pada kali ini merupakan satu ilmu baru bagi sesetengah guru pelatih kerana kaedahnya bukan seperti biasa yang dipelajari di sekolah sebelum ini.  






 Penulisan Jawi guru pelatih disemak oleh ustaz apabila selesai menyiapkannya. Segala kesilapan dan kesalahan dalam teknik penulisan diperbaiki pada waktu itu juga.


 Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Mahmud bin Abu. 


Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat kami praktikkan  ketika mengajar kelak. InsyaAllah.






"JAWI WARISAN TRADISI ILMU"

06 May 2012

Sketsa Tudung

Perkongsian tentang Tudung,,

Perkongsian 1 :

Seorang kawan free hair bertanya kepada seorang sahabatnya yang memakai tudung.
Free hair : Kenapa kau pakai tudung?
Bertudung : Sebab aku nak tutup aurat.
Free hair : Kenapa? Tak panas ke?
Bertudung : Sebab Allah wajibkan perempuan tutup aurat. Perkara wajib tak ada pilihan. Kau pernah terkena api atau mancis tak?
Free hair : Pernah. Jari aku melecur kot!
Bertudung : Api Neraka lagi panas sampai boleh melecurkan seluruh tubuh kita.
Free hair : ….(gulp!)….
Keesokannya, si Free hair tu pun mula bertudung. Kerana Allah. Alhamdulillah. Indah kan ukhuwah itu? Sebab mampu mengarah langkah kita ke arah Syurga-Nya.. ^^,



Perkongsian 2 :


masa saya freehair, saya tanya kawan saya yg bertudung;
sy : kenapa awak pakai tudung tapi tak solat. bukan orang pakai tudung kene solat ke?
(soalan bodoh sebab saya jahil masa tu, hihi)
si bertudung : orang solat belum tentu masuk syurga, tengok kisah zaman nabi, pelacur dan pencuri pun masuk syurga.
sy : ohhh macam tu.
alhamdulillah beberapa bulan lepas tu saya diberi hidayah. saya mula belajar solat.
si bertudung : awak ingat tuhan nak terima solat awak tu? dah la tak pakai tudung, seksi pulak tu.
sy : tapi saya belum sedia, jadi solat saya sia-sia ke?
si bertudung : yelah.
saya pun berhenti mendirikan solat sebelum Allah menemukan saya dengan orang yang sepatutnya untuk membetulkan fahaman saya terhadap islam.
saya pegang kata hamba Allah yang mulia membimbing saya masa tu,
“segala yang baik bermula melalui solat. solatlah, yang selebihnya akan datang kemudian”.
Alhamdulillah kini saya ikhlas bertudung dan menutup diri




”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,……” (Surah Al-Nur : 31)


04 May 2012

Sehari Bersama IMPI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, pada 28 April yang lalu, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah menjayakan program 'Sehari Bersama IMPI'. Program ini melibatkan Guru Pelatih  PISMP Semester 1 dan PISMP Semester 3 Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam.


Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk:

i - mengeratkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan ahli IMPI. 

Firman Allah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(Surah al-Hujuraat, 49: 10)

Maksudnya : “Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara Maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat…” 

"The believers are but brethren, therefore make peace between your brethren and be careful of (your duty to) Allah that mercy may be had on you."



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


ii -  Meningkatkan semangat kesukanan

iii - Mencungkil bakat dan kreativiti yang terpendam

iv - menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta kemahiran tentang menguruskan dan menganjurkan sesuatu pertandingan.

v - Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.

Antara aktiviti yang diadakan :

1) Pertandingan gubahan buah (Muslimin)






2) Pertandingan Dekorasi kek (Muslimat)










3) Pertandingan Futsal (Muslimin)








4) Pertandingan Bola Tampar (Muslimat)


IMPI telah menjemput 2 orang guru Pelatih Pendidikan Jasmani untuk mengadili pertandingan bola tampar.


Alhamdulillah, program ini berjaya mencungkil bakat dan kreativiti para guru pelatih. Mudah-mudahan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.


”UKHUWAH TERJALIN KUNCI MAHABBAH”