:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

10 May 2012

Bengkel Penulisan Jawi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penulisan Khat dan Jawi  merupakan warisan daripada hasil interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Islam.  Tulisan jawi diambil berdasarkan huruf-huruf dalam bahasa Arab dan disesuaikan dengan sebutan dan perkataan yang bercirikan Alam Melayu.  Dengan itu, wujudlah huruf “nga”, “pa”, “cha”, dan “ga”. 

Oleh itu, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) telah mengadakan Bengkel Penulisan Khat dan Jawi khusus kepada pelajar Pengajian Agama dan Bahasa Arab sebagai langkah bijak bagi memberi peluang dan pengalaman kepada para guru pelatih untuk mendalami ilmu penulisan jawi serta mempersiapkan diri guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kemahiran dan pengetahuan dalam penulisan Jawi. 





Bengkel Penulisan Jawi ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmud bin Abu. Beliau sangat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi tentang penulisan jawi.





Pelbagai kaedah diajar berkaitan penulisan Jawi.. Bermula daripada huruf Alif sehinggalah huruf Ya'.. Bukan sahaja cara menulis huruf Jawi Tunggal, malah penulisan Huruf Jawi Bersambung juga diajar dan dipelajari oleh guru pelatih di sini. Kemahiran menulis jawi pada kali ini merupakan satu ilmu baru bagi sesetengah guru pelatih kerana kaedahnya bukan seperti biasa yang dipelajari di sekolah sebelum ini.  






 Penulisan Jawi guru pelatih disemak oleh ustaz apabila selesai menyiapkannya. Segala kesilapan dan kesalahan dalam teknik penulisan diperbaiki pada waktu itu juga.


 Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Mahmud bin Abu. 


Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat kami praktikkan  ketika mengajar kelak. InsyaAllah.






"JAWI WARISAN TRADISI ILMU"

No comments:

Post a Comment