:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

21 October 2010

Dimensi Baru Kepimpinan IMPI sesi 2010/2011

Assalamu 'alaykum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan segala kehendakNya, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) IPG Kampus Perlis dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Pulai 1. Mesyuarat yang diadakan pada tanggal 20/10/2010 ini mencatatkan satu dimensi baru kepada kepimpinan IMPI untuk sesi yang akan datang.

Dihadiri oleh semua pensyarah-pensyarah JAPIM dan juga kesemua ahli IMPI yang berjumlah 111 orang, berserta 20 orang pelajar-pelajar opsyen Bahasa Arab, ia merupakan satu kejayaan yang amat bermakna dan telah menjadi satu suntikan semangat untuk semua pihak agar berkerja dengan lebih bertanggungjawab lagi demi memastikan kelangsungan IMPI di bumi IPG Kampus Perlis ini.

Mesyuarat kali ini juga telah melantik kepimpinan tertinggi IMPI sesi 2010/2011 yang baharu bagi menggantikan kepimpinan IMPI sesi 2009/2010. Berikut merupakan insan-insan terpilih yang bakal meneraju IMPI pada sesi akan datang :

Pengerusi : Muhammad Zaki bin Md. Rosnan

Naib Pengerusi I : Mohd Syameer bin Mohd Jamil


Naib Pengerusi II : Amalina Syakirah binti Mat Zin


Setiausaha : Mohd Ridzuan bin Abd Wahab


Naib Setiausaha : Nur Farah'ain binti Che Hassan


Bendahari : Nor Aina Mardiyyah binti Zaidan

Setinggi-tinggi tahniah juga takziah buat barisan kepimpinan yang telah terpilih ini. Semoga kalian mampu untuk menerajui IMPI dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Semoga IMPI di masa akan datang mampu membawa satu langkahan baru yang lebih segar dan penuh keyakinan dalam menghadapi pelbagai suasana serta keadaan.

Kepada barisan kepimpinan IMPI yang lama, selamat bersara dari jawatan yang disandang. Sekalung penghargaan dan terima kasih untuk segala jasa kalian dalam menjalankan tanggungjawab selama hampir setahun ini. Semoga usaha itu dinilai sebagai ganjaran yang tidak terhitung harganya di sisiNya. Semoga kalian juga bersedia untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman kepada saff kepimpinan baharu ini untuk kecemerlangan IMPI.

Kepada pelajar-pelajar opsyen Bahasa Arab yang telah diserap menjadi ahli IMPI secara automatik bermula dari sekarang sehinggalah pada masa akan datang, Ahlan wasahlan dan tahniah diucapkan. Kedatangan kalian ke dalam IMPI diharap mampu menjadikan IMPI sebagai sebuah persatuan yang lebih terserlah kewujudannya selepas ini.

Kepada semua ahli IMPI, sama-samalah kita bergandingan tangan dan berpadu tenaga untuk memantapkan lagi IMPI ini, lebih dari apa yang telah dicapai pada masa sekarang. Sumbangan anda amat-amat diperlukan. Apa yang penting, segalanya perlulah dengan hati yang penuh keikhlasan dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah swt.

Semoga IMPI terus maju dan diredhai olehNya. InshaAllah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Allahumma yassir wala tu'assir.

    semoga IMPI mewarisi agenda sebenar IMPI. untuk IMPI, kerana ALLAH.
    moga kita semua jelas..

    Tahniah buat pimpinan baru. jadilah seperti PISANG dalam memberi..

    ^_^

    ReplyDelete
  2. http://www.facebook.com/notes/feth-mie/warkah-buat-pimpinan/112684085462204

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada barisan/ saff kepimpinan yg baru ditaklifkan..semoga taklifan yg diberikan bukan semata2 untuk mengejar glamour dan populariti,tetapi ia sbg amanah dan tangggungjawab yg telah Allah pilih buat antum/antunna untuk menjadi khalifah/pemimpin di IPG Perlis..tahniah dan takziah.........

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalankan tugas kpd pimpinan-pimpinan baru sesi 2010/2011.

    Terima kasih kpd mantan pimpinan pd sesi yg lalu atas sumbangan yg telah diberikan.

    Doakan kejayaan kami.

    ReplyDelete