Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya akhirnya kursus yang diberi nama “Tanggapan Terhadap Islam” anjuran Jabatan Pengajian Agama (JPI), dengan kerjasama dari KASA dan Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kursus ini telah berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 22 April 2011 sehingga keesokan harinya iaitu pada 23 April 2011 bertempat di Dewan Pulai IPG Kampus Perlis.Tema bagi kursus ini ialah “Kewajipan Berdakwah Tanggungjawab Khalifah”.
Kursus ini telah menampilkan tiga orang penceramah yang berwibawa iaitu En.Lim Jooi Soon, En.Zainal Muhammad dan En.Mohammed Amin bin Yaacob. Alhamdulillah banyak perkara baru yang telah dipelajari melalui kursus ini, diharapkan agar para peserta akan dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah diperoleh sepanjang mereka mengikuti kursus ini. Secara umumnya, kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada dari pihak pensyarah mahupun pelajar.Di bawah disertakan beberapa gambar sepanjang kursus ini dijalankan :
|
Sesi Pendaftaran |
|
Barisan penceramah bersama Ust.Mahamad |
|
|
Para pensyarah beserta para pelajar memenuhi dewan..Alhamdulillah penuh..!! |
|
Bersemangat..& penerangan y padat..oleh En.Lim Jooi Soon |
|
Khusyuk mendengar ceramah |
|
menjamu selera |
|
jualan buku |
|
Ust.Zulkarnain bin Mohamad merasmikan Majlis Perasmian Penutupan bagi Kursus ini |
|
Majlis bersurai |
Diharapkan kursus seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kursus ini. InsyaAllah segala usaha yang telah kalian curahkan pasti ada nilainya di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment