:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

17 September 2009

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman dan Salam 'Eid al Fitr

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Nampaknya masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tempoh sebulan berpuasa nampaknya sudah mencapai penghujungnya, ia sudahpun menggamit hari-hari mulia terakhir. Pemergianmu yang tidak beberapa hari lagi pasti akan ditangisi dan terus dirindui buat hamba yang mengerti kesucian dan kehebatan Ramadhan. Apapun yang berlaku, ia akan terus berlaku. Masa yang telah pergi tidak dapat dikembalikan semula.

Apa yang diharapkan agar ibadah Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir kalinya, juga diharapkan agar ia menjadi satu ibadah yang paling cemerlang yang pernah dilakukan oleh kita semua. Keluarnya kita dari Jaami'ah Ramadhan memberi maksud bahawa kita telah menamatkan pengajian di sana. Kita hanya menunggu keputusannya sama ada sekadar lulus, ijazah first class atau pun juga sebaliknya. Ianya hanya akan diketahui ketika kita melalui 11 bulan akan datang.


Di kesempatan ini, pihak IMPI Perlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua ahli agar dipermudahkan segala urusan yang diredhaiNya. Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu dengan sanak dan saudara bagi meraikan kemenangan berjaya kembali kepada fitrah sebenar kejadian insan itu sendiri. IMPI Perlis juga menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan dan perlakuan kita termasuklah juga semasa memandu agar kepulangan kita tidak ditangisi sebaliknya menjadi memori indah buat semua. Salam 'Eid al-Fitr buat semua ahli IMPI dah juga muslimin muslimat amnya. Pihak IMPI menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sama ada zahir dan batin andai pernah menyakiti hati, menginggung perasaan mana-mana individu atau pihak lain sepanjang kita bertemu dan bersua muka.





Semoga 'Eid al-Fitr kali ini menjadi langkah pertama kita ke arah mengubah perjalanan hidup yang lebih baik dalam masa sebelas bulan akan datang. Salam Lebaran untuk semua, minal 'aaidin wal faaizin. Moga kembali ke fitrah insani.


No comments:

Post a Comment