:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

11 September 2009

Selamat Berjuang

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...



Juga salam ukhuwah diucapkan buat semua teman-teman IMPI. Diharapkan agar semua terus berada dalam naunganNya, memperoleh Ramadhan yang terbaik buat kali ini. Memang Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita, dan kita mengharapkan agar terus diberi kesempatan untuk menghampiri, merasainya kembali buat Ramadhan yang akan datang.

Tajuk di atas sesuai untuk diperkatakan terhadap semua perkara, termasuk dengan perjuangan sahabat-sahabat sekalian menghabiskan hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang dituntut olehNya. Kullu 'am wa antum bikhair.


Tulisan ini bukan sahaja berkaitan dengan perjuangan untuk mendapatkan Ramadhan terbaik tetapi untuk mengucapkan beribu tahniah dan semoga berjaya buat seorang ahli IMPI yang walaupun terpaksa melupakan cita-cita bergelar seorang murabbi, tetapi keputusan untuk menyambung pengajian di bumi Jordan juga merupakan perkara yang hebat dan mungkin yang terbaik untuk anda. Untuk akh Ridzuan, alfun mabruk diucapkan buat anda.







Walaupun kami kehilangan seorang penggerak dan tenaga IMPI, kami tetap berbangga dengan kejayaan anda. Percayalah, di mana-mana pun, menuntut ilmu itu memberikan kebahagiaan buat semua insan selagi ilmu itu diredhai Allah. IlmuNya luas dan ada di mana-mana sahaja, terpulang kepada kita untuk mencari dan memanfaatkannya bukan untuk diri kita sahaja bahkan sebagai manfaat seluruh umat manusia.




Sekali lagi kalungan tahniah buat akh Ridzuan.
Semoga pengajian anda di Yarmouk University berjalan dengan baik dan sentiasa dalam rahmatNya. Harapan kami juga semoga akh terus istiqamah dalam meneruskan liku-liku kerja dakwah. Selamat berjuang dan menjadi pejuang ummah. Buat semua teman-teman yang masih berjuang di bumi IPGM ini, jika akhowan dan akhowat semua mahu terus berhubung dengan akh Ridzuan, bolehlah melawatnya di link ini. Salam perjuangan buat semua.


No comments:

Post a Comment