:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

09 July 2009

KEPADA YANG PERGI

Assalamualaikum dan salam pendidikan.

Pada awal pagi 5 Julai 2009 bersamaan 12 Rejab 1430 Hijrah yang lalu, setiausaha IMPI Perlis, al-Akh Mohd Firdaus bin Saad telah kehilangan bondanya yang tercinta, Allahyarhamah Zaharah binti Abdullah. Pemergian Allahyarhamah pada usia 52 tahun telah disambut dengan kesedihan disaat semua ahli IMPI Perlis sedang bertungkus lumus menjayakan Kem Motivasi Kembara Al-Falah. Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan oleh masalah buah pinggang yang kronik. Takziah diucapkan kepada saudara Firdaus dan semoga beliau tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama para syuhada’, solihin dan solihah, mukminin dan mukminah. Al-Fatihah.


Pemergian Allahyarhamah telah meninggalkan seribu satu kenangan buat ahli keluarga yang merindukan kasih sayang seorang wanita yang bergelar bonda. Namun, apa yang diharapkan mudah-mudahan ahli keluarga dan sanak saudara dapat menerima ketentuan Allah SWT yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Ingatlah bahawa kesepian yang datang hendaklah dilalui dengan mengingati Allah SWT, kegembiraan yang tiba disambut dengan kesyukuran, kesedihan yang bertandang diterima dengan redha…..kerana kesemuanya tersirat sejuta hikmah dari Allah SWT.

Buat saudara Firdaus, semoga Allah kurniakan kepadamu ketenangan dan ketenteraman yang abadi, semoga jiwamu kukuh dari segala suasana dan keadaan, mudah-mudahan mu tidak sedih ketika kesenangan dunia menghilang dan tidak akan terlalu gembira ketika kesenangan itu ada. Kesempitan tidak membuatmu lemah, keluasan tidak membuatmu sombong, celaan tidak membuatmu surut, pujian tidak membuatmu bangga diri, musibah tidak membuat hatimu tergoncang dan kenikmatan tidak membuatmu jatuh tergelincir. Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu, tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu, jika kesusahan mendatang, moga Allah tabahkan hatimu…




No comments:

Post a Comment