:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

12 May 2012

Semoga berjaya




♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸
Umat islam harus cemerlang 
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh
♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸♥♫•*¨*•.¸


Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”



Do'a Sebelum Belajar 

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”



رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ 

“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”


Doa Mengulangkaji Pelajaran


اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”


Doa Sedang Belajar


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”




Do'a Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.” 

~Bittaufiq Wannajah~

10 May 2012

Bengkel Penulisan Jawi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Penulisan Khat dan Jawi  merupakan warisan daripada hasil interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Islam.  Tulisan jawi diambil berdasarkan huruf-huruf dalam bahasa Arab dan disesuaikan dengan sebutan dan perkataan yang bercirikan Alam Melayu.  Dengan itu, wujudlah huruf “nga”, “pa”, “cha”, dan “ga”. 

Oleh itu, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) telah mengadakan Bengkel Penulisan Khat dan Jawi khusus kepada pelajar Pengajian Agama dan Bahasa Arab sebagai langkah bijak bagi memberi peluang dan pengalaman kepada para guru pelatih untuk mendalami ilmu penulisan jawi serta mempersiapkan diri guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kemahiran dan pengetahuan dalam penulisan Jawi. 





Bengkel Penulisan Jawi ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmud bin Abu. Beliau sangat berpengalaman dan berpengetahuan tinggi tentang penulisan jawi.





Pelbagai kaedah diajar berkaitan penulisan Jawi.. Bermula daripada huruf Alif sehinggalah huruf Ya'.. Bukan sahaja cara menulis huruf Jawi Tunggal, malah penulisan Huruf Jawi Bersambung juga diajar dan dipelajari oleh guru pelatih di sini. Kemahiran menulis jawi pada kali ini merupakan satu ilmu baru bagi sesetengah guru pelatih kerana kaedahnya bukan seperti biasa yang dipelajari di sekolah sebelum ini.  






 Penulisan Jawi guru pelatih disemak oleh ustaz apabila selesai menyiapkannya. Segala kesilapan dan kesalahan dalam teknik penulisan diperbaiki pada waktu itu juga.


 Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Mahmud bin Abu. 


Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat kami praktikkan  ketika mengajar kelak. InsyaAllah.






"JAWI WARISAN TRADISI ILMU"

06 May 2012

Sketsa Tudung

Perkongsian tentang Tudung,,

Perkongsian 1 :

Seorang kawan free hair bertanya kepada seorang sahabatnya yang memakai tudung.
Free hair : Kenapa kau pakai tudung?
Bertudung : Sebab aku nak tutup aurat.
Free hair : Kenapa? Tak panas ke?
Bertudung : Sebab Allah wajibkan perempuan tutup aurat. Perkara wajib tak ada pilihan. Kau pernah terkena api atau mancis tak?
Free hair : Pernah. Jari aku melecur kot!
Bertudung : Api Neraka lagi panas sampai boleh melecurkan seluruh tubuh kita.
Free hair : ….(gulp!)….
Keesokannya, si Free hair tu pun mula bertudung. Kerana Allah. Alhamdulillah. Indah kan ukhuwah itu? Sebab mampu mengarah langkah kita ke arah Syurga-Nya.. ^^,



Perkongsian 2 :


masa saya freehair, saya tanya kawan saya yg bertudung;
sy : kenapa awak pakai tudung tapi tak solat. bukan orang pakai tudung kene solat ke?
(soalan bodoh sebab saya jahil masa tu, hihi)
si bertudung : orang solat belum tentu masuk syurga, tengok kisah zaman nabi, pelacur dan pencuri pun masuk syurga.
sy : ohhh macam tu.
alhamdulillah beberapa bulan lepas tu saya diberi hidayah. saya mula belajar solat.
si bertudung : awak ingat tuhan nak terima solat awak tu? dah la tak pakai tudung, seksi pulak tu.
sy : tapi saya belum sedia, jadi solat saya sia-sia ke?
si bertudung : yelah.
saya pun berhenti mendirikan solat sebelum Allah menemukan saya dengan orang yang sepatutnya untuk membetulkan fahaman saya terhadap islam.
saya pegang kata hamba Allah yang mulia membimbing saya masa tu,
“segala yang baik bermula melalui solat. solatlah, yang selebihnya akan datang kemudian”.
Alhamdulillah kini saya ikhlas bertudung dan menutup diri




”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,……” (Surah Al-Nur : 31)


04 May 2012

Sehari Bersama IMPI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, pada 28 April yang lalu, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah menjayakan program 'Sehari Bersama IMPI'. Program ini melibatkan Guru Pelatih  PISMP Semester 1 dan PISMP Semester 3 Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam.


Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk:

i - mengeratkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan ahli IMPI. 

Firman Allah :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(Surah al-Hujuraat, 49: 10)

Maksudnya : “Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara Maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat…” 

"The believers are but brethren, therefore make peace between your brethren and be careful of (your duty to) Allah that mercy may be had on you."



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


ii -  Meningkatkan semangat kesukanan

iii - Mencungkil bakat dan kreativiti yang terpendam

iv - menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta kemahiran tentang menguruskan dan menganjurkan sesuatu pertandingan.

v - Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.

Antara aktiviti yang diadakan :

1) Pertandingan gubahan buah (Muslimin)






2) Pertandingan Dekorasi kek (Muslimat)










3) Pertandingan Futsal (Muslimin)








4) Pertandingan Bola Tampar (Muslimat)


IMPI telah menjemput 2 orang guru Pelatih Pendidikan Jasmani untuk mengadili pertandingan bola tampar.


Alhamdulillah, program ini berjaya mencungkil bakat dan kreativiti para guru pelatih. Mudah-mudahan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.


”UKHUWAH TERJALIN KUNCI MAHABBAH”