:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

27 October 2009

IMPI 2009/2010

Bertempat di Dewan Pulai 2, IPG Kampus Perlis, telah diadakan satu majlis pelancaran dan Mesyuarat Agung Tahunan kali - 1 Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam. Majlis yang diadakan buat julung kalinya ini adalah bertujuan untuk melancarkan IMPI sebagai sebuah persatuan pelajar secara rasmi di IPG Kampus Perlis ini serta mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih kepimpinan baru IMPI untuk sesi 2009/2010.



Ahli IMPI yang menghadiri majlis pelancaran dan Mesyuarat Agung Tahunan

Bermula pada jam 8.30 malam, majlis ini dihadiri oleh ahli IMPI yang berjumlah 72 orang kesemuanya serta beberapa orang pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Perlis ini. Disebabkan ketiadaan Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah dan juga Ketua Jabatan JAPIM yang mempunyai tugas di luar, maka majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mahamad bin Abdullah, pensyarah JAPIM. Walaupun dengan ketiadaan tetamu-tetamu penting ini, perjalanan majlis ini tetap meriah dan berjalan lancar.


Ucapan perasmian oleh Ustaz Mahamad Abdullah

Pengisian sepanjang majlis pelancaran adalah seperti ucapan pengerusi IMPI, ucapan Ustaz Mahamad selaku perasmi majlis, tayangan montaj berkaitan IMPI dan juga gimik perasmian. Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


Patung berpakaian baju kebangsaan sebagai gimik perasmian

Selesai majlis pelancaran, diadakan pula Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali pertamanya. Mesyuarat ini diadakan dengan meletakkan beberapa agenda di dalamnya. Antaranya adalah seperti pembentangan minit mesyuarat agung penubuhan IMPI, pembentangan laporan tahunan IMPI 2009, laporan kewangan IMPI 2009, pelantikan ahli Majlis Tertinggi IMPI untuk sesi 2009/2010 serta membahas
kan usul. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan baik tanpa ada sebarang masalah yang timbul.

Tahniah dan jutaan penghargaan serta terima kasih kepada ahli Majlis Tertinggi yang lama, yang secara keseluruhannya telah berjaya menjalankan tugas sepanjang tempoh ini (Januari - September 2009).
Berikut merupakan barisan kepimpinan baru IMPI untuk sesi 2009/2010 (Majlis Tertinggi) :

  • Akh Abdul Rahman bin Ismail - Pengerusi IMPI
  • Akh Mohd Wafiy bin Rosli - Naib Pengerusi IMPI
  • Ukht Mawaddah binti Saaidin Khadri - Naib Pengerusi II IMPI
  • Akh Mohd Fikri bin Marzuki - Setiausaha IMPI
  • Ukht Nurulain binti Mohd Snin - Naib Setiausaha IMPI
  • Ukht Nur Sazrina binti Saimi - Bendahari IMPI
Barisan kepimpinan IMPI 2009/2010

Usul yang telah dibahas serta diluluskan adalah berkenaan dengan logo rasmi IMPI :


Logo ini merupakan satu manifestasi yang terkandung di dalamnya harapan dan impian para pendokong IMPI. Warna asas logo ini terdiri daripada warna biru, kuning, hijau dan merah.

Warna :
Biru dan Kuning : Melambangkan tempat menimba ilmu untuk semua siswa siswi Pengajian Agama Islam iaitu di negeri Perlis
Hijau : Ketenangan dan keikhlasan semua ahli dalam menjalankan setiap tugasan dan kerja-kerja IMPI yang ingin ditonjolkan kepada semua pihak yang terlibat dengan IMPI
Merah : Keberanian dan imej ketokohan setiap ahli dalam menonjolkan nilai-nilai serta etika yang mulia dan selari dengan tuntutan Islam

Lingkaran Selirat Biru :
Menunjukkan bahawa setiap perkara mempunyai kesulitan. Justeru segala kerja dan tugas setiap ahli yang susah dan penuh dengan cabaran perlu ditangani dengan profesional dan penuh sabar.
Empat Bucu Besar :
Bucu Atas : Allah yang tertinggi. Tujuan utama dalam setiap apa jua pekerjaan yang dilakukan semata-mata menuju mardhatillah
Bucu Kanan, Kiri dan Bawah : Melambangkan asas utama dalam membentuk sahsiah kecemerlangan setiap ahli iaitu Islam, Iman dan Ihsan

Iqra’ :
Perkataan Iqra’ membawa maksud bahawa tanggungjawab kami adalah mendidik dan mentarbiyyah anak bangsa. Kedudukannya yang berada di tengah logo adalah bersesuaian dengan peranan Iqra’ itu sendiri yang merupakan kunci kepada kejayaan


Kepada kepimpinan baru yang telah dilantik, semoga anda mampu meneruskan lagi agenda-agenda lain yang mampu membawa IMPI ke satu tahap lain yang mampu untuk dibanggakan oleh setiap ahlinya. Apa yang penting juga adalah, segala yang dirancang dan akan dilakukan mampu untuk memetik keredhaannya kepada kita semua. Siraman mardhatillah inilah yang sebenarnya di"IMPI"kan oleh semua. Dengan pengharapan yang menggunung tinggi, jalankanlah tugas dan amanah ini dengan penuh keikhlasan serta penuh tanggungjawab. Semoga IMPI mampu untuk terus berjuang dalam menegakkan syiar Islam di bumi ini.




Tahniah


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan lafaz kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana dengan kehendakNya jugalah, nikmat ini diperolehi. Jutaan tahniah kepada semua calon pilihanraya MPP 2009/2010 yang mewakili Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) kerana telah berjaya melangkah maju ke hadapan dengan satu langkah yang begitu bergaya dan mantap. Ini kerana kesemua wakil yang dihantar oleh IMPI telah memperoleh kemenangan pada pilihanraya tersebut. Dengan itu, IMPI kini mempunyai seramai lapan orang wakilnya yang akan memenuhi barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2009/2010 nanti.


Diharapkan agar semua yang telah terpilih mampu untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama dalam memantapkan lagi kepimpinan MPP ini demi untuk melahirkan syiar Islam yang lebih gemilang dan menyinar di bumi murabbi ini. Dengan adanya kalian semua diharapkan juga mampu untuk mengubah senario dan suasana institut ini kepada yang lebih diredhaiNya.
Sekali lagi ucapan tahniah ditujukan kepada :
  • Akh Abdul Muhaimin bin Abdul Hamid - PISMP PA (A)
  • Akh Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid - PISMP PA (B)
  • Ukht Norsalwani binti Ramli - PISMP PA (A)
  • Ukht Munirah binti Mohamed Abdul Halim - PISMP PA (B)
  • Akh Mohd Izzat bin Mohd Nasiq - PPISMP PA (A)
  • Akh Muhammad Zaki bin Md Rosnan - PPISMP PA (B)
  • Ukht Amalina Syahirah binti Mat Zin - PPISMP PA (A)
  • Ukht Noraina Mardiyyah binti Zaidan - PPISMP PA (B)
Semoga kepimpinan kalian mampu menjana dan membawa satu gelombang perubahan kepada IPG Kampus Perlis ini, insyaAllah. Wahdah khilafah mahabbah...Alfun mabruk!!


15 October 2009

KE ARAH KEPIMPINAN MURABBI

Sempena pilihan raya kampus peringkat IPGM Kampus Perlis, IMPI Perlis turut menghantar calon-calon bagi mewakili suara mahasiswa pendidikan Islam serta menegakkan syiar Islam dalam membentuk biah solehah di kampus ini melalui wadah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Seramai lapan orang calon telah didaftarkan yang mewakili empat kumpulan Pengajian Agama Islam di kampus ini.


Tarikh pengundian ialah pada 20 Oktober 2009. Buat para pelatih IPGM Kampus Perlis terutamanya ahli-ahli IMPI Perlis. Ayuh, semarakkan dakwah melalui undi anda. Tunaikan hak dan kewajipan anda.


Para pengundi berdaftar dikehendaki memilih empat orang calon daripada pelatih PISMP dan tiga orang daripada pelatih PPISMP. Buatlah pilihan yang bijak.


Berikut merupakan calon-calon IMPI Perlis yang akan merebut 28 kekosongan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar:













































SELAMAT MENGUNDI!!!