:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

31 August 2009

MERDEKA???

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua.

Selamat kembali ke kampus setelah bercuti buat beberapa ketika. Hari ini genap 52 tahun kemerdekaan negara kita yang tercinta, Malaysia. Merdeka??? Apakah erti kemerdekaan pada kita? Adakah sekadar mengibarkan bendera menjelang 31 Ogos setiap tahun?



18 August 2009

Salam SBE, Ramadhan dan Cuti

Assalamualaikum dan salam pendidikan.

Buat semua ahli IMPI Perlis semester 4 ambilan Januari 2008, selamat menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah @ School Based Experience di sekolah pilihan masing-masing. Ada yang melaksanakannya dikampung halaman masing2, ada yang mengikuti kawan2 untuk melaksanakan lagi satu cita-cita iaitu untuk berjalan melihat alam di kawasan yang tidak pernah dijejaki. Apapun tujuan yang telah disertakan bersama tugasan PBS ini, diharapkan agar sahabat2 merangkap bakal pendidik semua tidak melupakan amanah yang telah diberikan oleh pihak Jabatan dan Institut terhadap diri masing-masing. Selain itu juga, diharapkan agar semuanya dapat dan mampu menunjukkan sikap serta budi pekerti mulia sepanjang berada di sekolah. Biarlah diri kita menjadi contoh dan model terbaru di sekolah tersebut untuk dicontohi oleh semua warganya. Perlu diingat, kita memegang satu title yang begitu mulia iaitu sebagai bakal ustaz/ah. Justeru, secara automatiknya telah terpikul satu tanggungjawab yang amat besar atas diri kita untuk memberi dan mempamer satu akhlak mulia dan terpuji sepanjang berada di sana. Semoga tugasan yang diberi mampu diselesaikan dengan jayanya. Ma'at tafuq wan najah.

Salam Ramadhan juga buat semua. Bagi kebanyakan sahabat IMPI, Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu, sememangnya begitu menggembirakan. Tamatnya tugasan PBS selama lima hari, di sambung pula dengan cuti sekolah selama seminggu telah memberikan kesempatan yang amat bernilai kepada semua untuk menghabiskan masa bersama keluarga termasuklah sewaktu berbuka, satu masa yang amat menggembirakan seluruh hati umat Islam. Tetapi perlu diingat, berpada-padalah sewaktu berbuka, jangan di ikutkan nafsu makan yang sentiasa membisik di hati. Jika tidak, pasti akan sukar untuk kita memulakan ibadah yang dituntut di malam harinya. Selain itu, sempena Ramadhan yang dilalui ini, diharap agar sahabat2 IMPI berlumba2 memperbanyakkan ibadah yang dituntut. Perbanyakkanlah membaca al-Quran, solat2 sunat, qiamullail, zikir dan sebagainya. Di samping ibadah sunat yang dilakukan, janganlah diabaikan apa yang wajib ke atas diri kita iaitu solat dan puasa itu sendiri. Tidak dilupakan, jagalah diri dari melakukan perkara sia2 yang hanya akan merosakkan puasa kita agar kita tidak digolongkan seperti apa yang diperkatakan Baginda sebagai mereka yang hanya menahan lapar dan dahaga tetapi tidak mendapat pahala puasa itu sendiri. Perbaikilah diri masing2, jadikan Ramadhan kali ini sebagai pemula dan perintis untuk kita menjadi lebih baik dari masa2 lepas. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Kullu 'am wa antum bi khair.



Buat yang terakhirnya, cuti yang dijalani ini, penuhilah ia dengan perkara berfaedah, janganlah disebabkan ibadah puasa yang dilakukan, kita menjadi pasif dan tidak mampu melakukan kerja dan sebagainya. Semoga berjaya dalam segalanya. Hiasi peribadi dengan iman dan taqwa kepadaNya.

 

09 August 2009

Jalinan Ukhuwwah Lambaian Mahabbah

Assalamualaikum dan salam pendidikan.

Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis telah menganjurkan program Lambaian Mahabbah yang berkonsepkan program anak angkat. Program yang bertemakan “Jalinan Ukhuwwah Lambaian Mahabbah” ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 7-9 Ogos 2009 yang lalu bertempat di Kampung Setar dan Kampung Perupok, Yan, Kedah. Program ini melibatkan 15 buah keluarga dari kedua-dua kampung tersebut dan 33 orang peserta yang juga merupakan guru-guru pelatih daripada opsyen Pendidikan Islam di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester empat di IPGM Kampus Perlis. Majlis penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga-keluarga angkat telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Bashah, wakil dari Majlis Agama Islam Daerah Yan.


*suasana indah di kaki Gunung Jerai*

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang proram ini berlangsung. Antaranya adalah Salam Ta’aruf, gotong royong dan memasak bersama penduduk kampung, Pendidikan Pencegahan Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, perlawanan bola sepak dengan belia kampung, kraftangan, ceramah perdana di ambang Ramadhan, qiamullail, pemeriksaan kesihatan, riadah, sukaneka dan senaman.


*pemeriksaan kesihatan percuma*

Objektif utama program ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan Bina Insan Guru semester empat. selain itu, program ini juga merupakan salah satu wasilah dalam menghubungkan silaturrahim antara guru-guru pelatih dan masyarakat kampung. Daripada aspek lain, program anak angkat ini telah berjaya memberi latihan dan pengalaman kepada bakal-bakal guru dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti yang berbentuk khidmat kemasyarakatan. Program ini juga telah berjaya menyemai mahabbah antara dua pihak di dua negeri.


*riang-ria selepas sukaneka*

Program Lambaian Mahabbah ini mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak dan agensi. Antaranya adalah Jawatankuasa Masjid mukim Kampung Setar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Yan, Majlis Daerah Yan, Majlis Agama Islam Daerah Yan, Pejabat Tanah dan Daerah Yan serta Pejabat Kesihatan Daerah Yan. Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh semua pihak termasuk penduduk kampung membolehkan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Md Rusli bin A. Rashid, Pengarah IPGM Kampus Perlis.

*kenangan bersama keluarga angkat*

Diharapkan program ini menjadi pemangkin ke arah pembentukan insan guru cemerlang yang mampu memacu tanggungjawab pendidikan islam bagi mencapai impian membina ummah gemilang.


05 August 2009

BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum dan salam pendidikan.

Setelah lama tidak bertemu, kini laman rasmi IMPI Perlis kembali dengan berwajah baru dengan menawarkan pengalaman interaksi yang lebih menarik. Kekangan-kekangan yang berlaku menyukarkan pihak kami menunaikan janji untuk memberikan yang terbaik kepada para penyokong laman ini. Diharapkan anda terus menyokong .:wadah ekspresi sang murabbi:. demi mencapai aspirasi kita bersama.