BIDANG TUGAS AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA-KETUA LAJNAH
JAWATAN  |    BIDANG TUGAS  |   
Naib Pengerusi I  |        i. Memangku jawatan Pengerusi dalam menjalankan segala   tugas, kuasa dan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaannya.    ii. Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya serta   tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Pengerusi dari masa ke masa mengikut   keutamaan demi kepentingan persatuan serta kebajikan ahli-ahli.   iii. Menyelaraskan perhubungan antara persatuan dan badan-badan   sealiran dari institut-institut perguruan seluruh Malaysia.  iv. Memantau serta membimbing Lajnah Riadhah dan Rekreasi   dalam menjalankan aktiviti-aktiviti lajnah.   |   
Naib Pengerusi II  |        i. Membantu dan menasihati Pengerusi dalam pengurusan   hal-ehwal ahli-ahli muslimat demi kepentingan persatuan serta kebajikan semua   ahli.    ii. Memimpin ahli-ahli muslimat dalam setiap aktiviti yang   dijalankan serta berusaha menyusun aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk   ahli-ahli muslimat demi mencapai aspirasi persatuan.     iii. Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya serta   tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Pengerusi dari masa ke masa mengikut   keutamaan demi kepentingan persatuan serta kebajikan ahli-ahli.  iv. Memantau serta membimbing Lajnah Ilmiah dalam   menjalankan aktiviti-aktiviti lajnah.  |   
Setiausaha   |       i. Merekod dan menyimpan semua maklumat dan rekod persatuan   kecuali rekod-rekod kewangan.   ii. Menguruskan semua surat-menyurat bagi pihak Majlis Tertinggi.  iii. Menguruskan memo panggilan mesyuarat persatuan untuk   semua yang terlibat seperti yang diputuskan oleh Pengerusi.  iv. Menyediakan minit lengkap bagi semua mesyuarat untuk dibentangkan   dalam mesyuarat seterusnya.     v. Menyediakan laporan tahunan persatuan.   vi. Mengelola kerja-kerja pentadbiran dan tugas-tugas yang   diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.   |   
Naib Setiausaha  |        i. Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya serta   tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Pengerusi dari masa ke masa mengikut   keutamaan demi kepentingan persatuan serta kebajikan ahli-ahli.    ii. Menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.   iii. Membuat semua kenyataan rasmi atas nama persatuan   setelah dipersetujui oleh mesyuarat Majlis Tertinggi.  iv. Menyelenggara dan mengemaskinikan laman web persatuan.   v. Memantau serta membimbing Lajnah Bimbingan dan Motivasi dalam menjalankan   aktiviti-aktiviti lajnah.  |   
Bendahari  |        i. Merekod dan menyimpan semua maklumat dan rekod kewangan   persatuan.   ii. Menyedia dan menguruskan belanjawan tahunan persatuan   setelah dipersetujui oleh mesyuarat Majlis Tertinggi dan Barisan Lajnah.   iii. Menyimpan semua wang dalam akaun khas atas nama yang   dipersetujui oleh mesyuarat Majlis Tertinggi dalam masa 24 jam wang itu   diterima. Simpanan di tangan hendaklah tidak melebihi RM 50.  iv. Menyedia dan membentangkan penyata kewangan bulanan dan   tahunan persatuan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi serta Barisan Lajnah.   v. Memantau serta membimbing Lajnah Ekonomi dalam menjalankan   aktiviti-aktiviti lajnah.  |   
Ketua-ketua Lajnah  |       i. Memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat lajnah   sama ada mesyuarat bulanan atau mesyuarat-mesyuarat lain yang dirasakan perlu   mengikut keutamaan.   ii. Membentuk jawatankuasa kecil lajnah bagi membantu perlaksanaan   aktiviti-aktiviti lajnah.  iii. Menyusun program-program yang bersesuaian dengan lajnah   bagi mencapai aspirasi persatuan.  iv. Menyediakan laporan aktiviti bulanan dan tahunan lajnah   untuk dibentangkan kepada mesyuarat Majlis Tertinggi.   v. Bekerjasama dengan badan-badan pelajar yang lain dalam menjalankan   aktiviti-aktiviti yang bersesuaian di institut mengikut keutamaan demi   kepentingan persatuan serta kebajikan ahli-ahli.  |   

No comments:
Post a Comment