:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

28 June 2012

Hebahan : Bulan Penghayatan Islam 2012 IPGK Perlis

 

BULAN PENGHAYATAN ISLAM KINI KEMBALI...

[ BPI IS BACK ! ]
Bulan Penghayatan Islam ini akan bermula pada 29 Jun sehingga 27 Julai 2012. Program ini melibatkan semua warga IPG Kampus Perlis sama ada Islam atau bukan Islam dan juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di sekitar utara tanah air. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Penghayatan Islam ini.

Rasionalnya program ini adalah untuk memberi gambaran akan keizzahan serta kesyumulan Islam dalam kehidupan seharian baik daripada aspek ibadah, ilmu, sukan, hiburan dan tatacara kehidupan bagi membentuk sebuah generasi muslim yang bertaraf murabbi dan "osem". InsyaAllah. ^^

25 June 2012

Hebahan : Ceramah Israk Mikraj





" Israk Mikraj : Ibrah Membentuk Guru Rabbani"

Tarikh : 26 Jun 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 - 10.00 malam
Tempat : Surau Nurul Iman,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Kangar

oleh : Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh,
Penolong Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) & Ketua Unit Kualiti



Tahniah!

Alhamdulillah, semua pelajar IPG Kampus Perlis telah mengetahui keputusan peperiksaan yang dinantikan dengan penuh debaran selama ini.. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan. Semoga kejayaan kalian bermanfaat untuk ISLAM. Mudah-mudahan kita bukan sahaja cemerlang di dunia sahaja,,malah akhirat juga =) Kepada yang kurang berjaya jangan putus asa. Terimalah dengan hati yang redha...Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan...Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..Jadikan kegagalan sebagai satu tarbiyah untuk terus berjuang.


keputusan dah keluar berita,
Ada ceria ada berduka,
Tahniah bagi yang berjaya
Bagi yang tidak jangan putus asa.

Syukur,Alhamdulillah, Ada seorang dari Jabatan Pengajian Islam IPG Kampus Perlis kini berjaya mengungguli keputusan 4 flat..Tahniah diucapkan kepada Izatul Shuhada dari kelas Pengajian Agama Semester 3. Tahniah juga kepada pensyarah2 terutama Pensyarah JAPIM yang bertungkus-lumus mendidik kami.






Pesanan/nasihat dari senior :
  "tahniah kepada adik2 yang berjaya.. dengarnya ada 4++ n 3.8 ke atas.. 
perlu. dan perlu. hebat di lapangan dakwah. hebat juga di dalam akademik.
pesan seorang sahabat "macamana kita perform dalam dakwah tu hebat, macam tu lah hebatnya juga dalam study" :) orang Pend.Islam... :)
mabruk! kagum giler dari kejauhan "

23 June 2012

Barisan Kempimpinan IMPI Sesi 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.


Setinggi-tinggi tahniah juga takziah buat barisan kepimpinan IMPI Sesi 2012/2013 ini. Semoga kalian mampu untuk menerajui IMPI dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Dan diharap juga semua ahli IMPI dapat sama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk mengeratkan ukhuwah dan menjayakan setiap program/aktiviti yang dianjurkan. Semoga IMPI di masa akan datang mampu membawa satu langkahan baru yang lebih segar dan penuh keyakinan dalam menghadapi pelbagai suasana serta keadaan. Sekian.

Aku Umpama Layang-layang



Aku umpama layang-layang.  Terbang bebas di udara, tetapi masih di dalam radius tali keimanan.  Kuharap tali itu kuat, supaya aku tidak terlepas melayang tak ketentuan, tidak sesat untuk mencari jalan pulang.  Terbang bebas gembira, tapi masih dalam batasan…

Namun kawan, sekali sekala kau tarik & rentaplah tali itu, supaya aku tidak terlalu seronok lalai dalam bebas terbang. Agar bukan sahaja dipegang tali iman, malah berjaga dalam ketaqwaan…

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…

Andai taliku terputus.  Oh, janganlah kau biarkan diriku wahai kawan.  Mungkin aku terlalu lalai dan alpa, sehingga ribut pun mahu kucuba.  Walau ke ceruk mana pun aku tersesat terputus tali itu, carilah aku.  Carilah aku.  Jangan biarkan aku tanpa tali itu.  Kerana tanpa tali itu, aku takkan dapat terbang lagi.  Aku hanya menjadi layang-layang yang tidak berguna.  Menangis sendiri…

Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Terima kasih kawan.  Dengan bantuanmu aku bisa terbang tinggi…