:: Selamat Datang ke Blog Rasmi Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ::

27 July 2010

BERPOLITIK???

Guru Gred 41 Hingga 48 Dibenar Terlibat Dalam Politik

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

-BERNAMA






23 July 2010

BERSATU UNTUK PALESTIN...


Assalamualaikum...


Syukur dirafakkan kepadaNya atas limpah kurnia dan izinNya, program MALAM PENGHAYATAN PALESTIN telah dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan segala perkongsian pada program itu dapat mencetuskan kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab terhadap perjuangan membebaskan bumi Israk dan Mikraj, bumi al-Quds.

Jazakallahhu khairan jaza' diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MALAM PENGHAYATAN PALESTIN pada 21 Julai yang lalu. Semoga segala penat lelah yang ditaburkan akan dikira sebagai amal ibadah kepadaNya. 



BERSATU UNTUK PALESTIN!!!

17 July 2010

MALAM PENGHAYATAN PALESTIN

Bersempena dengan Bulan Penghayatan Islam IPG Kampus Perlis, Lajnah Bimbingan dan Motivasi, Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Guru Pelatih Islam, IPG Kampus Perlis akan menganjurkan Malam Penghayatan Palestin pada 21 Julai 2010 bersamaan 9 Syaaban 1431 di Dewan Indera Kayangan. 

Majlis akan diserikan dengan perkongsian bersama sukarelawan "Lifeline 4 Gaza", Ir. Dr. Selamat bin Aliman yang mewakili NGO Aqsa Syarif. Turut bersama ialah wakil daripada NGO Haluan Palestin.

Diharap semua pihak dapat bekerjasama dan hadir bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan membebaskan bumi Palestin. 



15 July 2010

ESQ 165: SATU PANDANGAN

Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan
Kursus Latihan ESQ 165 

PENDAHULUAN
Semua komentar di bawah adalah dibuat setelah saya mengikuti sendiri kursus ESQ 165 pada tanggal 1 hingga 3 Mei 2009 bertempat di PWTC. Kursus berkenaan dikendalikan oleh Regional Trainer, Bapak Aminul Rahman Pulungan dan beberapa orang pembantu moderator yang lain.
Bagi memastikan seluruh komentar, dan kefahaman saya tentang isi ESQ adalah tepat dengan apa yang ingin disampaikan oleh trainer ESQ, demi menjaga keadilan dan keseimbangan dalam teguran dan nasihat, seluruh komentar dan ulasan saya dalam artikel ini dihasilkan setelah semua proses di bawah berlaku:- 
 
  • Perbincangan sebelum kursus : dengan Trainer utama ESQ di Malaysia, iaitu Pak Aminul Rahman Pulungan, ketika beliau hadir ke rumah saya pada 30 April 2009 (sebelum kursus). Pertemuan ini berlangsung sekitar 3 jam, namun banyak komentar saya reserved kerana masih belum menghadiri kursus pada ketika itu. Apapun, hasil pertemuan ini, saya diberikan mandat eksklusif oleh Pak Aminul untuk memberikan sebarang komentar dan teguran sepanjang kursus pada esok harinya.
  • Input Semasa Kursus : Majoriti komentar di bawah adalah input-input dari catatan pengalaman dan pemerhatian selama tiga hari kursus tersebut.
  • Perbincangan Semasa Kursus : Penerangan lanjut khas oleh trainer utama pada setiap waktu rehat sepanjang kursus tiga hari. Semua perbincangan dibuat dengan trainer Pak Aminul yang mengendalikan kursus 3 hari tersebut, dan satu sesi perbincangan turut disertai oleh motivator Dr Rubiah K. Hamzah.
  • Perbincangan Selepas Kursus : Penerangan dan perbincangan lanjut oleh trainer Pak Arief (Trainer berlesen ESQ) dan En Radzif (Pengarah ESQ Malaysia) yang datang ke rumah saya pada malam 6 Mei 2009, mereka hadir beserta dengan seluruh slide kursus. Perbincangan berjalan selama hampir 3 jam. Dalam perbincangan ini, pihak ESQ menjelaskan bahawa semua input saya akan dikongsi dan diubah serta sebahagiannya telah disampaikan kepada semua trainer ESQ yang lain.
  • Penjelasan Terakhir Di Airport KLIA : Pada tanggal 7 Mei 09, jam 8.00 pagi, bagi melengkapkan perbincangan, trainer utama Pak Aminul Rahman bertemu saya sekali lagi di airport KLIA sebelum saya berlepas ke London, Perbincangan sekitar 35 minit.
Sepanjang komentar-komentar saya diberikan kepada pihak ESQ dari semua slot di atas, pihak mereka dilihat menerima dengan amat positif dan bersedia melakukan sebarang perubahan. Malah sebahagian teguran saya semasa dan sebelum kursus telah pun diambil tindakan oleh pihak ESQ. Pak Dr Ary Ginanjar juga, walaupun tidak berada di Malaysia, telah bercakap dengan saya melalui telefon bimbit Pak Aminul Rahman sebanyak 2 kali. Malah semua input saya sebelum dan semasa kursus turut disampaikan kepada Pak Ary Ginanjar oleh trainer ESQ dan juga En Ahmad Yani dari Karangkraf.

Oleh kerana kursus yang saya ikuti dan perhatikan ini sudah dibincangkan dengan saya, sebelum dan sewaktu kursus berjalan, sebahagian kandungannya yang kontroversi telah berjaya diubah. Namun sebahagian yang lain, tidak sempat diubah.
 
Walaupun begitu, ini menyebabkan sebahagian besar komentar-komentar berkaitan ESQ yang pernah saya baca melalui internet dan yang dihantar oleh pelbagai pihak sebelum saya pulang ke Malaysia, sudah ternyata TIDAK LAGI BERLAKU.
 
Namun demikian, saya tidak dapat menolak kemungkinan jika masih terdapat perbezaan di antara kursus yang saya perhatikan ini dengan kursus ESQ di tempat lain, khususnya di negara lain, serta dikendalikan oleh kumpulan trainer yang lain di luar Malaysia. Justeru, komentar dan ulasan saya ini mungkin sebahagiannya boleh terpakai untuk seluruh kursus dan model ESQ, manakala kemungkinan sebahagian lain berbeza menurut pembawaan dan penerangan trainer semasa program.
 
Saya juga mengakui bahawa semua komentar di bawah, majoritinya adalah hasil catatan cepat semasa program dan sebahagian yang lain hasil dari input sebelum dan selepas kursus. Namun begitu, disebabkan TIADA bahan bercetak yang boleh diberikan kepada saya dan semua peserta lain, semua komentar di bawah terhad kepada inti slide dan pembentangan trainer sahaja. Malah saya juga tidak sempat untuk meneliti satu persatu slide yang dibentangkan oleh ESQ trainer samada dalam bentuk soft copy atau hard copy untuk membolehkan saya menyemak dengan lebih efektif. Namun begitu, sebahagian kecil slide kursus, dapat saya teliti kembali  ketika rombongan ESQ hadir bertemu saya di rumah, selepas kursus.
 
Dengan ini, saya berharap dan saya yakin, seluruh penilaian dan komentar saya yang akan anda baca telah meraikan kedua-dua pihak, iaitu pihak pengkritik dan pihak ESQ. Saya yakin saya sudah dapat memahami maksud sebenar dari setiap point yang dikemukan dalam slide dan pembentngan oleh pihak ESQ dan saya juga telah meneliti sebahagian besar kritikan terhadap kursus ESQ ini yang kebanyakannya sudah outdated, sebahagian lainnya pula hasil salah faham dan sebahagian lain masih valid tetapi tidak diperincikan bagi membolehkan ESQ memperbaikinya.
 
Perlu diingat, semua ulasan dan komentar saya bersifat independence di dibuat atas dasar ilmiah, saya BUKAN Syariah Adviser ESQ dan penulisan saya tidak dipengaruhi arah tujunya oleh pihak ESQ semasa menulis artikel ini. Justeru, anda akan melihat ulasan yang telus inshaAllah, jauh dari sebarang emosi menyokong atau menolak ESQ.