Assalmualaikum
Pada hari Ahad yang lepas, 10 Januari 2009 bersamaan dengan 24 Muharam 1431, telah diadakan satu program bersempena meraikan salah satu hari bersejarah bagi umat Islam iaitu 10 Muharam. Program tersebut dinamakan Sambutan Hari Asyura yang dikelolakan oleh Lajnah Riadah dan Rekreasi, IMPI.
Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah memasak dua jenis bubur asyura iaitu bubur asyura pantai timur dan juga bubur asyura utara. Program ini bermula sejak dari malam sebelumnya dengan penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur tersebut.
Kemudian, pada hari yang sebenar, semua ahli IMPI telah berkumpul dan bekerjasama sejak dari jam 7 pagi lagi. Kesemuanya menunjukkan komitmen yang begitu baik sekali dengan menjalankan tugas-tugas yang ada seperti membawa perkakasan yang diperlukan untuk memasak.
Aktiviti yang bermula 7 pagi sehinggalah jam 6.30 petang ini berjaya menghasilkan sebanyak 240 bungkus bubur asyura utara dan juga 249 bungkus bubur asyura pantai timur. Segala usaha yang dicurahkan oleh setiap ahli memang amat bepadanan dengan hasil yang diperolehi tersebut.
Setelah siap kerja-kerja pembungkusan, Pengerusi IMPI, saudara Abdul Rahman Ismail memberikan sedikit ucapan dan kata-kata penghargaan kepada semua ahli yang bekerjasama bersama-sama dan telah sedaya-upaya bertungkus lumus menyediakan bubur-bubur tersebut sehinggalah ia berjaya dihasilkan.
Kesemua bubur-bubur itu diagihkan kepada ahli-ahli IMPI sendiri, pensyarah-pensyarah JAPIM, warden-warden di Kolej Kediaman, pensyarah-pensyarah, pengawal keselamatan dan juga para pelajar yang tinggal di asrama. Kesemua yang terlibat menyatakan rasa puas dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan program pertama IMPI bagi sesi 2010 ini dengan jayanya.
Program ini tidak tamat begitu sahaja kerana selepas solat Maghrib, telah diadakan satu kuliah Maghrib bertajuk "Keistimewaan Hari Asyura" yang telah di sampaikan sendiri oleh pensyarah JAPIM, al-Fadhil Ustaz Mahamad bin Abdullah. Pelbagai informasi yang telah diberikan oleh beliau kepada jemaah-jemaah yang hadir berkenaan dengan Hari Asyura itu sendiri.
Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah mampu mengeratkan silaturrahim antara ahli IMPI serta mewujudkan satu jalinan usaha sama yang amat baik antara ahli. Pihak IMPI sekali lagi mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga jasa kalian akan diberikan ganjaran yang setimpalnya oleh Allah s.w.t. Insha Allah.
Wallahu a'lam..Wassalamualaikum.

kerja-kerja mengacau bubur asyura versi pantai timur yang mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk disiapkan
ini pula kerjasama yang ditunjukkan untuk menyiapkan bubur asyura versi utara
Kemudian, pada hari yang sebenar, semua ahli IMPI telah berkumpul dan bekerjasama sejak dari jam 7 pagi lagi. Kesemuanya menunjukkan komitmen yang begitu baik sekali dengan menjalankan tugas-tugas yang ada seperti membawa perkakasan yang diperlukan untuk memasak.
Aktiviti yang bermula 7 pagi sehinggalah jam 6.30 petang ini berjaya menghasilkan sebanyak 240 bungkus bubur asyura utara dan juga 249 bungkus bubur asyura pantai timur. Segala usaha yang dicurahkan oleh setiap ahli memang amat bepadanan dengan hasil yang diperolehi tersebut.
kerja-kerja pembungkusan bubur asyura
Setelah siap kerja-kerja pembungkusan, Pengerusi IMPI, saudara Abdul Rahman Ismail memberikan sedikit ucapan dan kata-kata penghargaan kepada semua ahli yang bekerjasama bersama-sama dan telah sedaya-upaya bertungkus lumus menyediakan bubur-bubur tersebut sehinggalah ia berjaya dihasilkan.
Kesemua bubur-bubur itu diagihkan kepada ahli-ahli IMPI sendiri, pensyarah-pensyarah JAPIM, warden-warden di Kolej Kediaman, pensyarah-pensyarah, pengawal keselamatan dan juga para pelajar yang tinggal di asrama. Kesemua yang terlibat menyatakan rasa puas dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan program pertama IMPI bagi sesi 2010 ini dengan jayanya.
inilah dia hasilnya